Connect with us

Donna

Pengecas Telefon Bimbit Penyebab Renjatan Yang Membawa Maut!

Badan manusia adalah pengalir elektrik

Published

on

Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh atau terdedah kepada punca elektrik. Badan manusia adalah pengalir elektrik. Arus elektrik yang melalui tubuh badan berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh. Arus elektrik menganggu fungsi saraf terutamanya pada otak, jantung dan paru-paru. Pendedahan kepada arus elektrik pada saraf berpotensi menyebabkan kerosakan saraf dan arus elektrik yang melalui otak pula boleh menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga membawa maut. Renjatan elektrik bervoltan rendah dan sekelip mata sahaja biasanya tidak menyebabkan sebarang kemudaratan atau hanya luka sedikit antaranya seperti renjatan ketika memegang troli pasaraya atau ketika membuka pintu kereta. Nampak seperti biasa, tetapi hati-hati dengan beberapa perkara ini untuk mengelak anda terkena renjatan elektrik.

  • Jangan benarkan kanak-kanak bermain dengan kabel dan soket elektrik. Pastikan kabel pengecas telefon bimbit sentiasa disimpan selepas digunakan. Jika rosak, gantikan sahaja dengan baru. Jangan buat sambungan sebarangan. Wayar-wayar yang berserabut memang menarik perhatian kanak-kanak untuk mendekati lebih-lebih lagi kepada bayi yang baru pandai merangkak atau berjalan. Mereka selalunya gemar memasukkan wayar terbabit ke dalam mulut. Tolong pantau ya!
  • Kebanyakan renjatan berlaku kerana kerosakan pada alat atau kabel elektirk. Pastikan alat-alat elektrik dan kabel elektrik dipantau untuk sebarang kerosakan dan jika perlu dibaiki atau digantikan. Jangan abaikan jika kulit kabel wayar anda terkupas. Segera balut dengan pita loy agar tiasa siapa yang terkena renjatan elektrik apabila memijaknya. Pastikan juga lilitan kemas agar tiada cecair yang menembusi dan berlakunya kejutan elektrik.

Layari www.donna.com.my untuk mengetahui lebih lanjut.
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement