Semasa & Hiburan
Pengacara Borak Kopitiam, Dayah Bakar Selamat Lahir Anak Lelaki
Alhamdulilah…
Alhamdulilah, pengacara dan penyanyi, Dayah Bakar telah pun selamat melahirkan anak sulungnya iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan pada jam 2.23 petang tadi ditemani ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak dan anak saudara.
Namun sayangnya, kelahiran jantung hati tidak dapat disaksikan suami tercinta, Muhammad Hanif Hamidi yang ketika ini bertugas di Australia dan tidak dapat kembali ke Malaysia berikutan COVID-19. Menurut Dayah, suaminya adalah pegawai tentera berpangkat kapten yang berkhidmat di negara itu.
Dayah juga berkongsi, hampir setiap hari, Dayah membuat panggilan video kepada suami bagi berkongsi perkembangannya.
Walaupun suaminya tiada di sisi, Dayah mengaku reda menyambut kelahiran anak sulung. Memetik petikan BH Online,
“Sebelum ini, saya fikir, pengalaman ini dapat dikongsi bersama suami di mana kami sama-sama meraikan kelahiran anak sulung. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.
“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya. – Dayah
Selamat berpantang dan semoga Dayah terus diberi kekuatan dan kami di Kool FM mendoakan Dayah sentiasa sihat bersama bayi tersayang.
Sumber dari Berita Harian.