Connect with us

Berita

Hentikan Penderaan Haiwan

Kesian, dia pun ada perasaan juga..

Published

on

Menerusi segmen Kool Talk pada 11 Februari 2020, mereka telah membincangkan tentang kes penderaan haiwan susulan kes seorang lelaki mencederakan dua anjing hingga parah di kepala dan mata yang dipaparkan dalam akhbar Harian Metro.

Lelaki berkenaan bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, menurut satu portal online, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengeluarkan statistik yang menunjukkan peningkatan 30 peratus kes penderaan ke atas haiwan di seluruh negara daripada 510 pada 2017 kepada 662 kes tahun lepas.

Peningkatan jumlah kes penderaan haiwan yang dilaporkan kepada jabatan itu adalah disebabkan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat terhadap penderaan ke atas haiwan.

Menurut Muaz pula, Akta Kebajikan Haiwan 2015 memperuntukkan hukuman lebih berat iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda lebih tinggi ke atas mereka yang melakukan kekejaman ke atas haiwan.

Ikuti perbualan serta perbincangan AG, Haiza dan Muaz dengan pencinta haiwan melalui Catch Up Kool dibawah:-

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement