Menurut Dr Sahruddin, beberapa kontraktor telah dilantik untuk melaksanakan segera kerja-kerja  pembersihan itu agar langkah kawalan dapat dilaksanakan.
Selain itu, Pusat Arahan Kawalan Keselamatan telah diwujudkan di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih manakala Pusat Kawalan Operasi Bencana Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah Johor Bahru terletak di Aras 3, Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Turut mengulas lanjut, Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd. Ridha telah dilantik sebagai Pengerusi JPBB Johor untuk menyelaras tugas-tugas pemantauan, kawalan dan keselamatan selama 24 jam.
Pada masa sama, Dr. Sahruddin menyeru semua pihak untuk bertenang dan mengikuti perkembangan terkini menerusi sumber rasmi yang disahkan faktanya.