Connect with us

Berita

Pencemaran di Pasir Gudang, 111 Sekolah, 347 Tadika Tutup

Punca pencemaran akan diketahui sehari dua lagi

Published

on

Semua institusi pendidikan di kawasan Pasir Gudang ditutup bermula hari ini Selasa 25 Jun sehingga Khamis, 27 Jun bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berikutan pencemaran udara.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) , Azman Adnan, berkata semua institusi pendidikan dalam kawalan Kementerian Pendidikan ditutup susulan gangguan kesihatan pelajar di kawasan berkenaan.

“Sebanyak 111 sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi dan 14 sekolah swasta serta antarabangsa, selain 347 tadika swasta yang berdaftar dengan JPN ditutup.”

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata,

“Ia bagi membolehkan usaha mengatasi punca pencemaran dilakukan oleh pihak berkuasa.”

Azman berkata semua pengetua dan guru besar diminta memaklumkan berita penutupan itu dengan segera kepada semua murid, guru, ibu bapa serta kakitangan dalam kawalan mereka selain mengambil tindakan susulan sewajarnya.

“JPN akan sentiasa membuat pemantauan rapi dan membantu sekolah-sekolah bagi memastikan kesejahteraan murid berada dalam keadaan yang terbaik.”

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, punca pencemaran itu akan diumumkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) atau Jabatan Kimia, dalam masa sehari dua lagi.
Sementara itu, 30 kilang kimia di Pasir Gudang telah disenarai pendek untuk disiasat bagi mengenal pasti sama ada bahan kimia yang diproses di kilang-kilang itu menjadi punca kepada pencemaran terbaru di Pasir Gudang ini.

 

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement