Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Pencegahan Virus Influenza Boleh Dilakukan Dengan Cara Ini Bila Bekalan Vaksin Tiada

Published

on


Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) berusia 12 tahun meninggal dunia akibat Influenza A. Menurut ibunya, Nek Mudzlifah Abdul Kahar, dia dan suaminya telah mengambil langkah awal cuma lambat mengetahui yang anak mereka terkena jangkitan Influenza.

Apa yang kami nak kongsikan di sini adalah bila musim Influenza ni kita tak tahu apa yang boleh terjadi pada keluarga atau diri kita. Kadang-kala kita sendiri dah cuba untuk buat inisiatif untuk menyuntik vaksin tapi bekalan vaksin pula semakin kehabisan stok. Lebih menakutkan lagi, apa akan jadi bila bekalan tiada dalam tempoh yang lama?

Waktu tu dah mula gusar takut nanti sementara untuk menunggu bekalan vaksin Influenza ditambahkan dan diedarkan ke klinik dan hospital swasta, virus Influenza terkena pula pada diri kita. Satu hal la pula!

Bukan apa, kalau boleh nak mencegah lagi bagus daripada merawat. Tak nak nanti bila dah terkena baru sibuk nak gali lubang cari jalan penyelesaian. Memang dah terlambat la. Apa yang anda sepatutnya lakukan sementara bekalan ditambah semula adalah…

Sumber: livescience

  1. Bawa hand sanitizer ke mana saja anda pergi dan pastikan pakai. Jangan bawa je tapi tak pakai.
  2. Pemakakain topeng muka ketika berada di khalayak ramai adalah amat digalakkan untuk mengelakkan dari dijangkiti virus.
  3. Sentiasa bawa tisu basah untuk lap tangan atau apa-apa kegunaan lain.
  4. Bawa sapu tangan ke mana saja.
  5. Sarung tangan juga diperlukan untuk memegang sesuatu yang boleh mengundang dijangkiti virus.
  6. Pastikan anda minum air masak dengan kadar mencukupi.

Bagi memudahkan anda untuk membawa kesemua 5 barang di atas, cukup sekadar bawa yang bersaiz kecil dan sebaiknya elakkan berada di kawasan yang mempunyai ramai orang sebab kita tak tahu di antara mereka pembawa virus atau tak.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Risiko Dijangkiti Virus Bahaya Sangat Tinggi Kalau Tak Tahu Etika Bila Jumpa Orang Utan

10 Simptom Kesihatan Kanak-Kanak Yang Anda Perlu Peka

 

 

 

 

 

Sumber: SH , twitter



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement