Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Penantian Empat Tahun, Hetty Sarlene Teruja Akhirnya Hamil

Alhamdulillah…

Published

on

Memiliki cahaya mata adalah impian setiap wanita yang bergelar isteri.

Namun tidak semua memiliki impian tersebut semudah yang disangka. Ada yang perlu melalui pelbagai rawatan dan perubatan demi ingin mendapatkan zuriat sendiri.

Terbaru, penantian empat tahun penyanyi dan pelakon, Hetty Sarlene, akhirnya berakhir apabila dikejutkan dengan berita gembira. Hetty hamil anak pertama.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di Instagram miliknya, Hetty memuat naik fotonya bersama suami sambil memegang papan tulis yang bertulis Januari 2021.

Lebih bermakna, kehamilan itu juga menjadi hadiah istimewa sempena sambutan hari ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Daniel Oakes.

“Kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat minggu depan”

“Untuk menjadikan sambutan kali ini lebih teruja, kami ingin berkongsi berita gembira yang kami bakal menimang anak pertama”

Alhamdulillah, kami di Kool FM mendoakan kesejahteraan Hetty dan semoga semuanya dipermudahkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement