Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Penang Free WiFi Akan Dihentikan

Penang Free WiFi di seluruh negeri itu akan dihetikan bermula 13 Februari 2019.

Published

on

Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan akan menghentikan sementara perkhidmatan WiFi percuma, Penang Free WiFi di seluruh negeri itu bermula 13 Februari 2019.

Ini bagi menjalankan proses naik taraf kelajuan Internat yang ditawarkan kepada pengguna, kerana kelajuan pada waktu ini tidak setimpal dengan mutu perkhidmatan dan jumlah penggunaanya.

Kelajuan Internet yang diberikan ketika ini adalah perlahan iaitu 512 kbps untuk setiap pengguna.

Untuk kelajuan PFW akan datang, ia akan ditingkatkan kepada 1.5 gbps dengan minimum 1560 access point, bermakna 2 mbps setiap access point.

Perkhidmtan PFW sedia ada mampu menampung 30 pengguna bagi satu-satu masa, dan jumlah maksimum penggunannya ialah 46,800 orang.

Pasca proses penaiktarafan akan mengambil masa 5 bulan.

Dari tahun 2009 ia dilancarkan sehingga kini, terdapat lebih 670,000 jumlah login.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement