Home > #CeriteraKool > Penampilan Kali Pertama Sejak Suami Meninggal Dunia, Nora Buat Pengumuman.

Penampilan Kali Pertama Sejak Suami Meninggal Dunia, Nora Buat Pengumuman.

Pagi tadi, artis jemputan, Nora datang ke konti Kool FM untuk segmen Kotak Muzik dengan AG dan Haiza. Kehadiran Nora menandakan penampilan kali pertama penyanyi itu selepas arwah suami, komposer Johan Nawawi meninggal dunia pada bulan Mac lalu.

Nora memberitahu, dia sedang dalam proses merealisasikan impian arwah suaminya, untuk sambutan ulangtahun ke 30 Johan Nawawi dalam industri muzik. Nora sedang mengumpul semua bahan muzik ciptaan arwah suami yang tersimpan selama 30 tahun dalam laptop milik arwah suami.

Yang menariknya, ada satu lagu istimewa, lagu terakhir arwah Johan, yang dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh beliau sebagai demo, berjudul Bidadari. Lagu itu, pada awalnya ditulis oleh arwah Johan bersama seorang rakan untuk diberikan kepada penyanyi lain. Tetapi selepas Nora berbincang dengan sebuah syarikat rakaman, mereka bersetuju untuk melancarkan lagu itu sebagai single pertama arwah Johan Nawawi.

Dan bila AG tanya:

“Bila agaknya kak Nora, kita boleh dengar lagu tu?”

Ini jawapan Nora:

Sementara itu, lagu Nora yang berjudul Hanya Satu yang mula popular pada tahun 2007, telah diberi nafas baru, selepas arwah suami Nora sendiri meminta Nora merakam semula lagu hit itu.

Kalau nak dengar lagu tu, kena lah dengar Kool FM, okay?

Bila AG dan Haiza tanya,

“Apa kesinambungan yang Nora ingin bawa setelah Abang Johan dah takde?”,

Ini jawapan Nora:

Semoga cerita Nora menjadi pedoman buat pasangan suami isteri dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan, dan juga kepada bakal pasangan suami isteri sebagai guideline untuk melayari rumahtangga. Didoakan semoga Nora tabah dan kuat menjalani kehidupan seharian bersama keluarga, Insyaallah.