Connect with us

Hiburan

Penampilan Che Ta Di ASK Disamakan Dengan Big Bird?

Takpa Che Ta, Che Ta pakai apa pun tetap cantik!

Published

on

Malam Jumaat lalu telah berlangsungnya acara berprestij, Anugerah Skrin (ASK) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Dalam ramai-ramai selebriti tanah air yang hadir, pelakon jelita, Rozita Che Wan yang paling mencuri perhatian apabila tampil dengan busana serba kuning yang begitu cantik.

Bagaimanapun, penampilannya pada malam acara berkenaan turut menerima reaksi negatif oleh segelintir netizen yang menggelarkan dirinya seperti karakter Big Bird dalam program Sesame Street.

Tidak cukup dengan itu, mereka di media sosial turut menyamakan persalinan rekaan Zaimi Zulkafli itu seperti pulut kuning bertingkat.

Memahami perangai netizen, Che Ta tidak ambil kisah dengan dakwaan tersebut sebaliknya lebih menghargai kreativiti dan kegigihan pereka fesyen.

“Saya sudah masak dan faham dengan perangai netizen yang mudah terhibur dengan perkara sebegini.

“Saya tidak kisah dan tak ambil serius pun dengan perkara itu. Sekali pandang, memang ia kelihatan serupa, tetapi tetap tak sama.

“Saya begitu menghormati kreativiti dan kegigihan pereka fesyen. Bukan mudah untuk menghasilkan gaun yang unik dan cantik,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Zaidi Mohamad.

Takpa Che Ta, Che Ta pakai apa pun tetap cantik!

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement