Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Peminat Terhibur Baca Perbualan Saharul Ridzwan Mengorat Isteri 7 Tahun Lalu

Best man win bro!

Published

on

Pelakon dan penyanyi, Saharul Ridzwan antara selebriti tanah air yang aktif di laman sosial.

Baru-baru ini, pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu ada memuat naik satu foto mengandungi perbualan bersama isteri, Deena Emir tujuh tahun lalu ketika mereka baru memulakan bibit-bibit perkenalan.

Kejadian itu dirakam pada bulan September tahun 2012 apabila Saharul dengan spontannya meluahkan hajat ingin memperisterikan Deena.

View this post on Instagram

25/9/2012 . Time ni aku memang nak mengorat dia. Nekad. Tapi dia jual mahal! Hahahaha. Scroll2 terjumpa balik conversation FB. ❤️ . Alhamdulillah, syukur Allah aturkan segala yang terbaik buat kami berdua. Betul lah kata abah @tokabah_hajihashim , . "PERKAHWINAN INI SATU BAHTERA DAN KITA (SUAMI) ADALAH NAKHODA KAPAL KITA. LURUS JALAN YANG DI TUJUI IAITU JALAN ALLAH SWT, MAKA LURUSLAH PERJALANAN DUNIAWI KITA". Amin. Terim kasih abah. . Walau satu hari nanti saya diduga dengan kesushan, janji saya awak pada awak sayang, anak2 , awak dan anak2 kita tidak akan kebulur tiada makanan dan tiada tempat berteduh dari hujan dan panas. Amin. Semoga Allah memperkenan doa saya yang bukan utk diri hambaMu ini tapi utk insan yang hambaMu sayang ini termasuklah umi, abah, mertua, keluarga kami dan semua keluarga Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim dan seluruh umat islam ini. Amin Ya Karim. ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Gentle habis! Biarpun Deena pada awalnya bersikap ‘jual mahal’ kerana sudah memiliki kekasih, Saharul tetap mencuba memenangi hati isterinya itu.

Menerusi ruangan kapsyen pula, Saharul yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi berjanji untuk menjadi ketua keluarga yang terbaik buat isteri dan anak-anaknya serta berharap Tuhan akan memakbulkan doanya.

Imbas kembali, Saharul dan Deena Emir telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan kini mereka memiliki seorang putera, Muhammad Luth Ali, 2.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement