Connect with us
alt_img>

Hiburan

Peminat Kesal "Misteri Dilaila" Didakwa Tiru Filem Barat

Disebalik setiap kejayaan sesebuah filem yang dihasilkan, pastinya akan terpalit nama syarikat yang bertungkus lumus menjayakan karya yang sudah sekian lama di rancang.Β 

Published

on

Disebalik setiap kejayaan sesebuah filem yang dihasilkan, pastinya akan terpalit nama syarikat yang bertungkus lumus menjayakan karya yang sudah sekian lama di rancang.
Begitu juga dengan filem yang baru-baru ini tular ekorang kejayaannya menerbitkan dua ending yang berbeza iaitu Misteri Dilaila.
Filem yang mendapat hasil sentuhan daripada pengarah muda Syafiq Yusof itu telah berjaya mengutip keuntungan yang besar memandangkan ia menghidangkan jalan cerita yang unik.
Ketika netizen masih memuji dan menghadiri panggung wayang untuk menyokong filem ini, timbul pula satu kontroversi terbaru apabila Misteri Dilaila dikatakan telah menciplak sebuah filem barat berjudul Vanishing Act (1986).

Pendedahan tersebut telah dikongsikan seorang netizen menerusi laman Twitter.


Di dalam video trailer filem Vanishing Act itu, ternyata memang terdapat persamaan dengan filem Misteri Dilaila apabila kedua-dua cerita ini juga mengetengahkan jalan cerita seorang suami yang menghadapi misteri kehilangan isteri.
Antara perkara yang sibuk diperkatakan ialah penggunaan haiwan dalam dua filem ini. Jika filem Vanishing menggunakan anjing, filem Misteri Dilaila turut menggunakan haiwan namun ia digantikan dengan kucing.
Persamaan yang terlalu banyak ditemukan ini seolah memperkuatkan lagi dakwaan bahawa Misteri Dilaila benar-benar menciplak filem barat tersebut.
Kontroversi ini pastinya tidak menimbulkan ketidakpuashatian dalam penyokong filem tempatan.
Namun begitu, masih tiada sebarang kenyataan dibuat dari pihak penerbit Misteri Dilaila berikutan dakwaan ini.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement