Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Peminat Cina ‘Tak Cam’, Misha Belajar Guna Make Up

Wow, Kak Mitch ada fan berbilang bangsa tau! Jangan main-main.

Published

on

Kehebatan vokal penyanyi Misha Omar sememangnya telah diakui ramai. Meski menyanyi dalam apa juga keadaan pun, persembahannya tetap mendapat pujian.

Pada Isnin lalu, Misha menjayakan konsert solo sulungnya This Is Misha – Live At DFP selama 90 minit.

Misha memilih lapan lagu termasuk dua medley.

Menariknya, konsert itu turut disertai peminat berbangsa Cina dan juga India!

Misha semakin dikenali menerusi lagu terbarunya, Sampai Bila yang cukup memberi impak besar kepada kerjaya seninya sehingga turut mencuri hati berbilang bangsa.

Buktinya, mereka menegur dan ingin bergambar bersamanya ketika berada di luar.

“Saya akui impak populariti Sampai Bila apabila ada pengalaman semasa menjamu selera di sebuah restoran tiba-tiba satu famili cina tegur dan kenal.

Dia tanya saya penyanyi ke dan minta bergambar. Semenjak itu terpaksalah belajar pakai lipstik, sebab kalau tak…muka pucat saja. Apa yang saya boleh kata, sekarang mereka (bangsa lain) semakin nampak,” kata Misha.

Caya lah Kak Mitch!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement