Connect with us
Kool FM

Berita

Pemandu Treler Positif Dadah Punca Kemalangan Runtuh Jambatan SUKE

Suspek berusia 40 tahun didapati positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing IPD Dang Wangi-Ketua JSPT KL. Berikut adalah keadaan mangsa kemalangan…

Published

on

Semalam tular di media sosial apabila satu kemalangan menggerikan berlaku jam 6.15 petang di jambatan lebuh raya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (Suke).

Kejadian tersebut didapati kerana sebuah treler merempuh perancah besi lebuh raya sehingga jambatan runtuh dan mengakibatkan dua maut dan tiga lagi cedera.

Kejadian itu menyebabkan lima mangsa yang menaiki sebuah van pekerja terperangkap dalam runtuhan selama kira-kira tiga jam.

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis | Astro Awani

Dalam pada itu, pihak Prolintas Sdn Bhd yang merupakan pemaju Suke Expressway mengeluarkan kenyataan media menerusi akaun rasmi selepas berlaku kejadian tersebut.

Bagaimanapun, selepas siasatan dilakukan, pemandu treler yang melanggar jejambat dalam pembinaan di Lebuhraya SUKE didapati positif dadah.

Suspek berusia 40 tahun didapati positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing IPD Dang Wangi-Ketua JSPT KL. Berikut adalah keadaan mangsa kemalangan…

Image

Kami doakan mangsa masih terselamat dapat dipulihkan dan mangsa yang meninggal ditempat kejadian, semoga rohnya dicucuri rahmat. Berhati-hatilah memandu.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Remaja Lelaki 13 Tahun Ditahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Datuk Dan Nenek Mabuk Cekik Cucu Sebelum Panggang Dalam Ketuhar!

Sumber: twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement