Connect with us
Kool FM

Berita

Pemain badminton ‘hilang’ 4 kejohanan

Published

on


KUALA LUMPUR: Barisan pemain badminton negara kini hanya boleh bergantung kepada penganjuran kejohanan dalaman selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan membatalkan kesemua pertandingan antarabangsa pada September ini.

Empat kejohanan tersebut ialah Terbuka Taiwan, Terbuka Korea, Terbuka China dan Terbuka Jepun.

Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kesan penularan wabak Covid-19 kepada dunia dan penganjuran pertandingan.

“Tindakan membatalkan kejohanan demi kepentingan semua termasuk kesihatan pemain, penonton, sukarelawan dan ahli persatuan. Memang kami kecewa tetapi keselamatan harus diutamakan.

“Saya hargai segala usaha yang dilakukan ahli gabungan di seluruh dunia serta komitmen berterusan kepada BWF dan kami akan berusaha untuk menilai semula bagi kejohanan 2020.

“Kami akan berusaha melakukan perubahan sepenuhnya bagi aktiviti badminton mengikut peraturan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pihak berkuasa kesihatan tempatan dan kawalan rentas sempadan,” kata Lund dalam satu kenyataan hari ini.

The post Pemain badminton ‘hilang’ 4 kejohanan appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement