Connect with us
Kool FM

Berita

Pelitup Muka: Mana Satu Pilihan Selamat? Doktor Ini Beri Penjelasan!

Cara melupuskan pelitup muka dengan betul turut dijelaskan

Published

on

Bermula 1 Ogos 2020, kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka di tempat tumpuan awam yang sesak dan di dalam pengangkutan awam.

Ini selepas kes Covid 19 menunjukkan peningkatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, apabila ramai individu kembali ke normal asal, iaitu pergi ke tempat tempat awam tanpa menghiraukan penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat sesak.

Arahan kerajaan mewajibkan pelitup muka di tempat awam yang sesak dan ketika menggunakan pengangkutan awam adalah satu langkah yang bagus, ketika banyak negara lain turut menguatkuasan pemakaian pelitup muka apabila kes Covid 19 mula menunjukkan peningkatan, sehinggakan memasuki gelombang kedua.

Dalam satu kenyataan oleh Timbalan Menteri Kesihatan pada 25 Julai 2020, perkara penting yang ditekankan adalah cara pemakaian pelitup muka yang sebetulnya seperti menutup keseluruhan hidung, mulut, serta dagu, selain dari etika pelupusan bagi jenis pakai buang,

Dalam perbincangan bersama AG, Haiza dan Muaz di Kool FM, seorang doktor bernama Dr Priya Ragunath iaitu Ketua Sektor Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan mengenai perbezaan material jenis-jenis pelitup muka.

Pelitup muka terdiri daripada dua jenis, iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan (fabrik).

“Apa yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah kena ada 3 lapisan. Lapisan paling dalam iaitu bersifat menyerap air, lapisan paling luar yang menghindar penyerapan air. Lapisan tengah, yang dibuat daripada bahan non woven”

“Boleh beli kain-kain tu sendiri, boleh jahit sendiri, takda masalah.”

Dengarkan penjelasan lanjut Dr Priya di Kool FM, termasuk cara pelupusan pelitup muka yang betul.

Menurut Dr Priya lagi, bagi individu yang ada masalah pernafasan , mereka tidak disarankan guna pelitup muka bukan perubatan.

“Kalau boleh , jangan keluar lah. Jika perlu keluar, pakai pelitup muka perubatan”
“Warga emas pula mempunyai imuniti rendah, jadi disarankan pakai pelitup muka perubatan”

Ketika AG bertanyakan mengenai penggunaan face shield, Dr Priya berkata,

“Sebenarnya, KKM tidak pernah menyarankan penggunaan face shield sebagai pengganti pelitup muka, hanya guna pelitup muka.”

Pada 23 Julai 2020, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan orang ramai boleh didenda RM1,000 sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka berkenaan bermula 1 Ogos.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement