Connect with us
Kool FM

Berita

Pelan pemulihan ekonomi tangani tiga isu

Published

on


KUALA LUMPUR: Walaupun penularan wabak Covid-19 telah me­ngakibatkan impak negatif kepada ekonomi negara, namun pan­demik itu dilihat memberi pe­luang kepada proses reformasi sistem.

Sehubungan itu, Menteri di Ja­batan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan cuba menangani tiga isu penting dalam pelan pemulihan ekonomi jangka panjang yang akan dibentangkan Oktober ini.

Menurut Mustapa, tiga isu ber­kenaan adalah melibatkan ke­renah birokrasi dan penga­walseliaan, ketidakpadanan be­kalan dan permintaan buruh serta penggunaan teknologi rendah terutama oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Mustapa berkata, sebagai con­toh berdasarkan laporan Bank Dunia, perniagaan di Malaysia memerlukan 17 hari menyelesaikan prosedur berkaitan perniagaan berbanding hanya 1.5 hari di Singapura dan Hong Kong serta lapan hari di Korea Selatan.

“Ketidakpadanan bekalan dan permintaan buruh termasuk pengangguran belia dan siswazah, peratusan tenaga kerja mahir yang rendah dan kebergantungan tinggi terhadap pekerja asing berkemahiran rendah telah menyekat kemampuan Malaysia bersaing secara cekap.

“Pada 2019, pekerja bukan warganegara merangkumi 32 peratus daripada jumlah ­keseluruhan pekerja dalam sektor agrikultur, kira-kira 23 peratus dalam sektor pembinaan, 22 peratus dalam sektor pembuatan dan 10 peratus dalam sektor perkhidmatan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam persidangan maya dan Mesyuarat Peringkat Ter­tinggi Perbankan dan Kewangan Malaysia 2020 oleh Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik, semalam.

Mustapa berkata, negara per­lu berusaha untuk terus me­nge­kalkan kedudukan sebagai satu daripada kuasa ekonomi paling kompetitif di ASEAN selepas Singapura.
“Covid-19 telah menyediakan peluang untuk kita mengubah beberapa isu penstrukturan dalam ekonomi dan melaksanakan perubahan serta reformasi lebih radikal,” katanya.

The post Pelan pemulihan ekonomi tangani tiga isu appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement