Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Pelajar Darjah 1 Hidung Berdarah Pada Hari Pertama Persekolahan

Published

on


Seperti sudah menjadi satu tradisi apabila setiap kali awal tahun pada hari pertama awal persekolahan, mesti akan ada pelbagai ragam anak-anak dan ragam mereka memang tak dapat nak dijangka. Lebih-lebih lagi si kecil yang baru saja melangkah masuk ke alam persekolahan.

Mana tidaknya pakaian seragam sekolah dah lain, cikgu mengajar pun bertukar, waktu di sekolah pula lebih lama berbanding alam pra-sekolah dan suasana pembelajaran dalam kelas sudah berbeza. Mungkin bagi sesetengah budak, mereka berasa janggal sehingga takut dan menangis.

Sumber: mingguanwanita

Semalam kami datang ke Sekolah Kebangsaan Bandar Utama 2 untuk melihat ragam anak-anak kecil yang baru saja masuk ke alam sekolah kebangsaan, memang semuanya comel dan apa yang menarik perhatian kami lagi apabila salah seorang pelajar perempuan darjah 1 mengalami pendarahan di hidung selepas satu jam berada di sekolah.

Situasi tersebut dikawal oleh Guru Besar sekolah tersebut, Encik Khairul untuk menguruskan pelajar berkenaan.

“Sebenarnya situasi pada hari pertama persekolahan ni memang kerap berlaku dan bila situasi begini berlaku, saya dan pihak guru yang lain akan mengenal pasti punca terlebih dahulu. Lagipun pihak guru sudah didedahkan dengan tindakan awal jika berlaku murid tantrum atau tak berasa kondusif di sekolah.

Seperti tadi, hidung berdarah, kami akan kenalpasti terlebih dahulu sama ada sebelum ini pernah hidung berdarah atau tidak dan jika keadaan murid tersebut tidak terkawal, pihak sekolah akan menelefon pihak ibu bapa terlebih dahulu untuk meminta mereka datang ke sekolah menjemput anak mereka.

Apa yang pasti, kami memang tak akan bagi sebarang ubat pada anak murid untuk mengelakkan memburukkan kesihatan pelajar tersebut tapi, jika ibu bapa mereka gagal dihubungi barulah kami akan membawa anak murid tadi ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut dengan doktor,”

Sebenarnya, bukan itu saja situasi yang berlaku di sekolah tapi banyak lagi. Ada yang menangis teresak-esak walaupun ibu mereka masih lagi berdiri di depan kelas mereka. Malah, ada juga yang seronok berkejaran dengan rakan mereka di kawasan sekolah, alahai anak! Macam-macam kerenahlah.

Tak apalah, ini semua kenangan buat mereka. Nanti bila dah besar, kenangkan balik bersama mesti akan menjadi bahan tawa sekeluarga. Betul tak? Lagipun Guru Besar sekolah sudah memulakan sistem ‘Superhero’ pada semua anak murid dari pra sekolah sehingga tahun 6 supaya mereka menjadi seperti Superhero yang mereka pilih.

Semoga generasi 2020 dapat membentuk negara Malaysia yang lebih maju dan berwawasan!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tip Elak Anak Menangis Hari Pertama Di Sekolah

Elak Cubit, Tengking & Pukul, Doktor Ini Kongsi Cara Tegur Bila Anak Buat Salah

 

 

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement