Semasa & Hiburan
Pekin Ibrahim Dihujani Ucapan Tahniah Selepas Muat Naik Foto Pegang Perut Mona Allen
Pekin Ibrahim hari ini memuat naik sekeping foto yang mamaparkan dia memegang perut isterinya, Mona Allen.
Pekin Ibrahim hari ini memuat naik sekeping foto yang mamaparkan dia memegang perut isterinya, Mona Allen.
Posting berkenaan seolah-olah menunjukkan Mona sedang hamil dan berjaya menarik perhatian ramai.
Pekin menerusi kapsyennya tidak menyatakan yang Mona sedang hamil sebaliknya meminta pengikutnya memikirkan kapsyen yang sesuai untuk ditulis menerusi foto itu.
“Caption this,” tulisnya ringkas.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah meskipun belum mengetahui kesahihan berita tersebut.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.