Connect with us
Kool FM

Berita

Peguam Ini Kongsi Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Dirogol

Bertindak segera!

Published

on

Kes rogol di Malaysia sebenarnya bukanlah perkara asing yang sering terjadi. Walaupun penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan, masyarakat perlu mempunyai pengetahuan untuk bertindak sekiranya kes-kes ini berlaku kepada diri sendiri mahupun individu terdekat.

Justeru, seorang peguam jenayah telah tampil memberi info tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan sekiranya ia terjadi menerusi laman Twitter miliknya yang menggunakan nama Irwan Sumadi:

PERTAMA

  • Jangan mandi
  • Jangan bersihkan bahagian sulit
  • Jangan basuh atau bersihkan pakaian semasa diserang
  • Jika terpaksa salin pakaian, simpan pakaian (luar dan dalam) yang anda pakai ketika diserang, di dalam plastik untuk diserahkan kepada polis atau hospital.

Perkara ini menurutnya amat penting untuk memastikan spesimen penyerang seperti air mani, rambut, bulu, air liur penyerang tidak hilang.

KEDUA

  • Terus pergi ke balai polis atau
  • Terus ke Jabatan Kecemasan Hospital untuk pemeriksaan.

Namun, anda harus ingat bahawa anda hanya boleh pergi ke hospital kerajaan dan bukan hospital swasta. Ini kerana, laporan hospital kerajaan sahaja yang diterima untuk dijadikan bukti pendakwaan.

Jika anda ke balai polis terlebih dahulu, anda akan ditemani polis wanita ke hospital untuk mendapatkan laporan perubatan, DNA dan sebagainya.

Apabila tiba di Jabatan Kecemasan, anda hanya perlu memberitahu kepada kakitangan Jabatan Kecemasan bahawa anda telah dirogol. Dengan serta-merta anda akan dilindungi dan dibawa masuk ke bilik khas terlindung bagi tujuan pemeriksaan oleh doktor. Sistem ini dipanggil One Stop Crisis Centre (OSCC) yang terdapat di semua hospital kerajaan di seluruh negara.

INGAT!

Masa adalah musuh kita apabila kes begini terjadi. Sebab untuk menyabitkan si Tertuduh, pihak Pendakwaan perlu buktikan adanya penetrasi. Kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan. Bagaimana mahu buktikan?

Laporan Perubatan, Laporan DNA. Ada atau tidak air mani atau DNA si penyerang di tubuh anda. Paling penting ada atau tidak DNA di kemaluan Mangsa.

Kesan kecederaan di kemaluan juga adalah bukti. Lebih cepat anda datang ke hospital bagi tujuan pemeriksaan, lebih tinggi kebarangkalian bahan bukti dapat diambil kerana bahan bukti (evidence) masih segar.

Kecederaan masih belum sembuh. Lengahkan masa untuk report, peluang untuk mendapatkan bahan bukti semakin tipis.

Rakan Anda Mangsa Rogol: Apa Yang Patut Anda Lakukan? : Simptom ...

Untuk pengetahuan juga, seorang peguambela atau peguam jenayah, bukan sahaja boleh membela Tertuduh tetapi boleh juga menjadi seorang peguam pemerhati. Apakah fungsi peguam pemerhati?

Peguam pemerhati akan menjadi wakil keluarga mana-mana Mangsa di dalam apa-apa kes jenayah. Peguam pemerhati akan memberi nasihat yang sepatutnya kepada Mangsa. Peguam pemerhati akan hadir di setiap perbicaraan. Akan memerhati & memastikan perbicaraan berjalan seperti sepatutnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement