Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Pegang tangan dan berbual-bual terasa best sangat..” Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Rindu

Sweet juga orangnya..

Published

on

Ustaz Ebit Lew dikenali ramai dengan sikapnya yang suka berkongsi rezeki dan rajin menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Ada juga netizen yang beranggapan bahawa Ustaz Ebit Lew juga salah seorang hero tak didendang. Semalam Ustaz Ebit Lew ada buat satu perkongsian luahkan rasa rindu kepada isterinya. Cara Ebit Lew menyantuni isterinya buatkan ramai dikalangan wanita meninggalkan komen memohon sang suami juga melakukan perkara yang sama sebagaimana Ustaz Ebit Lew menghargai isterinya.

Walau sesibuk mana pun, Ustaz Ebit Lew tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anaknya. Ustaz Ebit Lew menggelar isteri yang tercintaΒ  sebagai bidadari. So sweet!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Dalam kesibukannya mengurus kedai dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew tetap berkongsi saat dia menghabiskan masanya bersama bidadarinya.

“Rindunya. Dating belakang rumah jer. Pegang tangan dan berbual-bual terasa best sangat. Indahnya. Terapi dalam perjalanan hidup ini.

“Bestkan pegang tangan bidadari pun boleh rasa tenang jer. Tengok rasa sejuk hati. Sayang bidadariku terima kasih sentiasa menemani abang dalam hidup ini,” tulisnya pada satu video pendek dia bersama isterinya.

Tambah Ebit, isterinya sentiasa senyum dan tidak pernah bermasam muka. Apatah lagi saat dia keluar untuk melakukan kerja dakwahnya.

“Senyum jer. Tak pernah masam muka. Bila-bila masa abang pergi untuk kerja dakwah relaks jer.

“Walau mula-mula dulu menangis. Sama-sama menangis. Bidadari yang terlalu banyak pengorbanannya dalam menjadi asbab perjalanan hidup saya kini,” tulis Ebit lagi.

Ustaz Ebit Lew turut menasihati para lelaki supaya sentiasa menghargai ibu dan isteri masing-masing untuk merasa nikmat bahagia.

“Nak bahagia hargai ibumu. Dan Hargai bidadari dalam hidupmu. Doa seorang isteri itu besar nilainya. Doa insan disebalik hidup seorang lelaki.

“Bahagiakan hatinya. Sakitinya hilanglah nikmat dan rezeki dalam hidupmu. Doa di hati kecilnya amat berharga,” nasihat Ebit lagi.

 

Baca juga:

Ustaz Ebit Lew Bantu Zoo Negara

Ramai Puji Ustaz Ebit Lew Beli Dua Lori Tanker Air Bantu Penduduk Selangor Yang Terjejas

 

 

 

 

Sumber: Instagram Ebit Lew

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement