Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

“Pedihnya Tak Berkurang” -Fauziah Nawi Masih Terkenang

Semoga rohnya tenang disana..

Published

on

Genap 104 hari pemergian anak tercinta iaitu Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, pelakon Fauziah Nawi masih terkesan dengan perkara berkenaan.

Walaupun reda dan menerima ketentuan takdir itu dengan hati terbuka, pelakon tersebut menyatakan perkara yang berlaku terlalu banyak mengguris hatinya.

Terkini, pelakon itu memuat naik sekeping gambar memaparkan wajah anak lelakinya itu.

View this post on Instagram

103 hari buah hati mama dah pergi. Mama tetap rasa pedihnya tak berkurang. Pitt it hurts. You're loved and my duas for you endlessly. Perkara yg berlaku sedang berlaku terlalu banyak mengguris hati. Moga semua baik baik saja. Till we meet again my love. 26.10.2019

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi) on

“Mama tetap rasa pedihnya tak berkurang.”

Nyata pemergian anaknya itu memberi tamparan yang hebat buatnya, selain berharap akan diketemukan suatu hari ini.

Terdahulu, sebuah portal hiburan online melaporkan Pitt dan Pengarah Fotografi filem Coast Guard, Sham Mokhtar, 38 menaiki bot fiber untuk memancing di sungai itu sebaik menamatkan penggambaran filem pada jam 9 pagi.

Bot yang dinaiki mereka bagaimanapun merempuh tiang sebuah jambatan sebelum ia terbalik dan terbelah dua.

Sham dapat menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi tebing namun Pitt dibawa arus deras sebelum tenggelam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement