Connect with us

Hiburan

Pecah Rekod! Lagu Afgan & Rossa Raih 30 Juta Tontonan

Lagu kahwin!

Published

on

Pada awal Januari lalu, penyanyi Sufian Suhaimi telah berjaya meraih 50 juta tontonan menerusi lagunya yang berjudul Di Matamu di laman Youtube.

Perkara berkenaan sekaligus telah memecah rekod Malaysia kerana telah mengatasi lagu Aiman Tino yang berjudul Ku Rela Dibenci pada tahun lalu.

Terbaharu, di Indonesia penyanyi duet yang tidak asing lagi iaitu Afgan dan Rossa juga telah berjaya mengatasi penyanyi lain dengan meraih 30 juta tontonan melalui lagu mereka iaitu Kamu Yang Ku Tunggu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Rossa menerusi perkongsiannya di laman Insta Story miliknya hari ini.

Sementara itu, lirik lagu Kamu Yang Kutunggu yang dilancarkan pada 2014 ini juga memaparkan kekuatan cinta yang mampu melengkapi hati seseorang, selain bertemu dengan cinta sejati yang selama ini dicari-cari.

So sweeet! Boleh buat lagu tema untuk perkahwinan. Tapi, ops! Elfira Loy dah pakai dulu…

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement