Semasa & Hiburan
‘Payung’ Foto Bersama Suami, Kapsyen Linda Rafar Menjentik Hati
Semoga Linda dan suami berbahagia selalu…
Penyanyi, Linda Rafar mengakui jarang berkongsi foto bersama suami, Syed Aiman di media sosial kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang yang suka menunjuk-nunjuk.
Namun, selepas terkesan dengan pemergian pelakon tanah air, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung telah mengubah pendirian Linda.
Menerusi laman Instagram miliknya, kelihatan Linda memuat naik beberapa keping foto kenangan bersama suami sebagai tanda menghargai pengorbanannya sebagai seorang ketua keluarga.
Pada ruangan kapsyen, Linda menjelaskan setiap pasangan perlu menghargai antara satu sama lain kerana kehidupan di dunia sangat singkat.
“Linda susah nk post picture hubby takut org tak suka n ckp nk menunjuk2 tp bila pikir hidup ni. sangat singkat dan kita tak tau caturan allah.. samaada kita atau dia yg akan pergi dulu😭 Jadi mlm ni jom kita sama2 post pict org yg kita sayang.. insyaallah allah panjangkan umur kita dah hidup kita berkhati Allah SWT .. i love u papa @syedaiman75 😘,” tulisnya.
Rata-rata peminat turut terkesan dengan kapsyen tersebut lantas meninggalkan pelbagai reaksi.
Terdahulu, Linda menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 18 dan Rezaiman Keiflin (meninggal pada usia 12 tahun pada 2014).
Manakala perkahwinan kedua bersama Syed Aiman adalah pada 2 Disember 2006 dan mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 11, Syed Rezariiq, 8, dan Syed Rezaliif, 3 tahun.