Berita
Paus Kelasa Berukuran 10 Meter Ditemui Mati
Paus itu amat besar hingga menyebabkan bot peronda berusaha keras untuk menundanya.
Seekor ikan paus kelasa berukuran 10 meter dijumpai mati di timur London di kawasan air cetek, di Greenhithe, di Kent pada Selasa.
Paus yang diangkat pada lewat malam daripada bawah jambatan QE2 itu bakal diserahkan kepada saintis untuk di bedah siasat.
Difahamkan, paus itu amat besar hingga menyebabkan bot peronda berusaha keras untuk menundanya.
“Ia lebih besar daripada bot peronda yang saya naiki, tiada keraguan mengenainya, dan ia lebih panjang daripada bot peronda dan saya mengatakan ia minimum berukuran 10 meter,” kata jurucakap Pelabuhan London, Martin Garside yang membantu mengangkat paus itu.
Sumber: Berita Harian