Berita
Pari Gergasi Minta Tolong Penyelam
Pari gergasi dianggap sebagai salah satu makhluk paling pintar.
Seekor pari gergasi dengan beberapa mata kail tersangkut di bawah matanya sanggup menunggu dengan sabar selepas meminta bantuan dua penyelam di Sydney.
Jurugambar bawah laut, Jake Wilton berkata haiwan berukuran tiga meter lebar itu berenang ke arahnya ketika dia sedang menyelam di pantai barat Australia.
“Saya sering membawa pelancong untuk menyelam di kawasan berkenaan dan ia seolah-olah mengenali saya dan percaya saya akan membantunya.
“Ia menghampiri saya dan kemudian memperlihatkan kepada saya benda yang menyakiti dirinya,” kata Wilton.
Menurut ahli biologi marin dan rakan penyelam, Monty Hall pula, pari gergasi itu benar-benar mahu Jake membantunya kerana ia tidak melarikan diri.
Pari gergasi dianggap sebagai salah satu makhluk paling pintar, boleh membesar sehingga tujuh meter lebar dan hidup selama 50 tahun.
Selain itu, mereka juga tidak berbahaya kepada manusia serta biasa ditemui di bahagian pantai barat Australia.
Sumber: Harian Metro