Home > #CeriteraKool > P Diddy Tukar Nama Lagi, Tapi Ada Yang Membantah?

P Diddy Tukar Nama Lagi, Tapi Ada Yang Membantah?

Penyanyi rap dan penerbit muzik Sean ‘Diddy’ Combs, sekali lagi mengumumkan menukar namanya sebagai Love atau Brother Love.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya Sean Combs 4 November lalu.

“Saya berkeputusan untuk menukar nama saya sekali lagi. Nama baru saya ialah Love atau Brother Love,” katanya.

Kata penyanyi itu, dia enggan lagi dipanggil sama ada dengan nama Puffy, Diddy, Puff Daddy atau nama-nama lain.

Image result for p diddy

Penyanyi itu turut menyatakan tindakan tukar nama adalah selaras dengan perubahan dirinya yang bukan lagi individu sama seperti sebelum ini.

Sementara itu, ‘pemilik sebenar’ gelaran Brother Love, Bruce Prichard membantah tindakan itu dan meminta Sean Combs mencari nama lain.

Related image

Personaliti gusti WWE itu dalam satu tweet yang membalas tweet Combs, mendakwa dialah yang mencipta nama tersebut.

“Cari gimik lain. Saya yang mencipta dan menyempurnakan Brother Love. Saya yang asli dan kamu bukan. Ingat North Carolina,” katanya.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply