Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Orang Putrajaya, Kelantan paling tak romantis?

Published

on


ALANGKAH bahagianya bila bercinta dengan lelaki yang romantis, setia, baik hati, berduit dan sopan orangnya. Sebab itu ramai yang melekat dan cair tengok drama Korea yang selalu menonjolkan ciri-ciri romantik yang sepatutnya ada dekat lelaki di dunia ini. Padahal sebenarnya, romantik pun ada banyak intepretasinya. Ada orang yang anggap lelaki bagi bunga itu romantis. Ada yang cakap lelaki yang rajin tolong kemas itu lebih romantik.

Ha, bila sembang tentang romantik ini. Ada sebuah kaji selidik yang dijalankan oleh syarikat e-dagang, picodi.com dari Poland tentang carian romantik di setiap negeri dekat Malaysia berdasarkan arkib Google. Dalam kajian ini, dapat kita lihat negeri mana yang selalu search perkataan romantik dan negeri mana yang kurang berminat topik romantik.

via GIPHY

Hasil kajian itu menunjukkan negeri Sarawak, Johor dan Sabah adalah negeri paling tinggi berminat dengan topik romantik.

Kalau dilihat dari carta ini, mereka yang beradi di Kelantan dan Putrajaya disifatkan sebagai yang tidak romantik. Ha, agak-agak korang setuju tak dengan analisis ini. Betul ke orang yang korang kenal dari Sarawak memang romantik.

Teringat pula dengan kak Lina Pom Pom atau Elly Mazlein yang baru berkahwin dengan pilihan hatinya yang juga seorang cikgu. Walaupun suaminya memang berasal dari Kelantan. Tapi nampak romantik sahaja. Cuba tengok video kak Lina yang viral ini.

Alaaah, cinta ni kan tak kira bangsa, umur dan negeri. Tak kisahlah lahir dan membesar kat negeri mana pun. Asalkan dia baik, romantik dengan kita cukuplah. Bagi sis itu dah memadai. Tak gitu?!



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement