Semasa & Hiburan
“OMG…Naik Bulu Roma” – Lukisan Efek Anak Aaron Aziz Dipuji Ramai!
Powerrr!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi…
Ternyata anak kepada pelakon terkenal, Aaron Aziz iaitu Dahlia Arissa juga berbakat dalam bidang seni persis bapanya.
Bukan bidang seni lakonan, tetapi dalam bidang seni lukisan.
Rabu lalu, Aaron telah berkongsi satu foto di Instagram menyaksikan hasil lukisan efek wajah anaknya yang mengalami kecederaan teruk.
Nampak begitu realistik kan? Aaron sebagai bapa turut meluahkan rasa bangga dan kagum dengan bakat terpendam yang dimiliki Dahlia.
Lantas, kreativiti puteri kepada pelakon filem KL Gangster itu menerima pujian dan pelbagai reaksi daripada peminat menerusi ruangan komen. Cayalah!