Connect with us
alt_img>

Hiburan

"Oh Dunia Ini Penuh Kepalsuan" Buah Tangan Baru Aishah

Mengambil masa yang lama untuk melancarkan single baharu selepas menjuarai sebuah program realiti, Aishah mengakui dirinya memilih kerana dia amat mementingkan kesempurnaan.

Published

on

Mengambil masa yang lama untuk melancarkan single baharu selepas menjuarai sebuah program realiti, Aishah mengakui dirinya memilih kerana dia amat mementingkan kesempurnaan.
Menerusi buah tangan terbaharu “Oh Dunia Ini Penuh Kepalsuan, (ODIPK)” Aishah bagaimanapun menafikan dia menyindir mana-mana pihak.

Saya tak sindir sesiapa. Lagu itu mengambil inspirasi daripada lagu popular saya, Janji Manismu. Saya juga muncul dengan judul lagu yang panjang kerana ingin mengimbau judul lagu-lagu lama yang pernah diterbitkan dulu.

Jelas Aishah, pada zaman 80-an dan 90-an, kebanyakan lagu diberi judul yang panjang. Jadi, dia mengembalikan memori terbabit dalam penciptaan lagu terbaharunya.

Related image

Menurut Aishah, lagu tersebut adalah mengenai aktiviti yang dilakukan oleh netizen di laman sosial, yang gemar berselindung dan tidak menggunakan identiti sebenar.

Selain itu, ia juga khas dicipta bagi netizen yang gemar meninggalkan komen-komen negatif terhadap pengguna laman sosial lain.

Lagu tersebut juga merupakan pengalaman Aishah sendiri yang berhadapan dengan sikap tidak bertanggungjawab netizen.


Dalam perkembangan lain, Aishah bakal berganding dengan Nora Ariffin dan pemain saksofon terkenal, Alif Nasir dalam majlis Spectacular Secretaries Week Luncheon 2019 di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada 25 April ini.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement