Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Novel Koronavirus Makin Menular! Ini Alternatif Yang Boleh Elakkan Dari Dijangkiti

Published

on


Sehingga 24 Januari China mencatat 17 angka kematian akibat wabak penyakit misteri koronavirus manakala lebih 540 lagi kes jangkitan turut disahkan di negara itu. Hm, belum lagi reda dengan virus Influenza, kini wujud pula virus baru. Rakyat di Malaysia juga semakin takut kerana kini virus tersebut sudah pun menyerang Malaysia!

Mungkin ada yang masih tak tahu apa itu Novel Koronavirus ini. Untuk pengetahuan anda, Koronavirus merupakan radang paru-paru seakan sama dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Gejalanya boleh dilihat apabila individu mengalami demam, batuk dan sukar bernafas.

Sumber: melakakini

Rentetan daripada kes ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham menggesa rakyat Malaysia supaya membuat pemeriksaan lanjut terutama mereka yang baru saja pulang dari negara China 14 hari dan ada beberapa simptom seperti batuk dan demam.

Tak cukup dengan itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia turut memberi pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya sentiasa berada dalam berjaga-berjaga dari dijangkiti virus ini memandangkan virus spesis ini baru saja ditemui jadi masih tiada vaksin yang boleh mencegah.

Sumber: yahoonews

Antara pencegahan yang boleh anda boleh lakukan adalah…

  1. Kerap cuci tangan.
  2. Tutup mulut ketika bersin dan batuk
  3. Elak bersentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang.
  4. Elakkan bersentuhan dengan individu yang mempunyai gejala ini.
  5. Elakkan dari mengambil sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna seperti daging, telur, susu dan sebagainya.

Penting sekarang, jaga kualiti makanan serta amalkan pola pemakanan yang lebih sihat bagi memastikan antibodi tubuh lebih kuat. Semoga rakyat Malaysia bebas dari virus koronavirus.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Risiko Dijangkiti Virus Bahaya Sangat Tinggi Kalau Tak Tahu Etika Bila Jumpa Orang Utan

Belum Reda Virus Influenza, Malaysia Perlu Waspada Serangan Wabak Koronavirus Pula!

 

 

 

 

 

Sumber: KKM



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement