Semasa & Hiburan
Nourul Depp Kongsi Pengalaman Kena ‘Belah Perut’
Happy birthday, Raphael!
Pada 15 Januari (Rabu) lalu, penyanyi Nourul Depp ada memuat naik beberapa keping foto comel anak lelaki keduanya, Raphael Depp yang baru sahaja memasuki usia lima tahun di Instagram.
Bersempena dengan ulang tahun anak ketiganya itu, Nourul turut berkongsi pengalaman pertamanya menjalani kaedah pembedahan ketika mahu melahirkan Raphael dahulu.
Fuh, setiap insan bergelar ibu sememangnya layak digelar superwomen dan perlu disanjung tinggi di atas pengorbanan yang telah mereka lakukan.
Untuk rekod, Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp telah berkahwin pada 7 Jun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Hasil perkahwinan terdahulu bersama komposer dan penyanyi, Ajai, Nourul turut mempunyai anak perempuan bernama Ayu Nazirah.