Semasa & Hiburan
Nourul Depp Kongsi Cara Sambut Tahun Baru
True definiton of: Happy Family…
Lain orang, lain cara masing-masing menyambut sambutan Tahun Baru. Ada yang meluangkan masa bersama dengan keluarga, ada juga yang menhabiskan sisa-sisa masa bersama rakan-rakan dan tidak ketinggalan, pasti ada yang bersendirian.
Penyanyi Nourul Depp bagaimanapun berkongsi caranya yang tersendiri menyambut Tahun Baru iaitu meluangkan masa bersama suami dan anak yang tersayang.
Nourul memuatnaik beberapa keping gambar menerusi laman Instagram rasmi miliknya, memaparkan wajah riang mereka sekeluarga termasuk bayi yang baru dilahirkan pada tahun lepas.
Menurut Nourul, kedua-dua anak lelakinya yang tiada dalam gambar susulan sibuk bermain di lokasi lain, menyebabkan mereka hanya bertiga didalam foto terbabit.
Semoga keluarga ini terus bahagia dan hidup dalam suasana harmoni sehingga ke akhir hayat..