Semasa & Hiburan
Norman Hakim Mahu Terus Istiqomah, Ulang Baca…
Semoga amalan murni Norman ini memberi inspirasi buat semua serta menjadi ikutan.
Dimana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.
Sesuai dengan pepatah itu, pelakon yang baru sahaja khatam Al-Quran minggu lalu, Norman Hakim nekad mengulangi bacaan ayat-ayat suci agar dirinya terus istiqamah.
Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya.
Menurut pelakon Gerak Khas ini lagi, membaca Al-Quran bukan untuk menunjukkan dirinya baik, tetapi bagi menebus semula kesilapan masa lalu yang banyak melakukan dosa.
Tiada siapa yang sempurna, betul? Selagi ada masa, kita semua boleh mencari dan mengumpul pahala percuma.
Semoga amalan murni Norman ini memberi inspirasi buat semua serta menjadi ikutan.