Home > #CeriteraKool > Norman Hakim Bangga Anaknya Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Sehari Awal Dari Tarikh Yang Dijangkakan

Norman Hakim Bangga Anaknya Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Sehari Awal Dari Tarikh Yang Dijangkakan

Disebalik kejayaan yang diidamkan ibu bapa dengan pekerjaan yang baik mahupun melanjutkan pelajaran sehingga ke puncak menara gading, pasti ramai ibu bapa sebenarnya inginkan anak-anak mereka berjaya di dunia beserta amalan untuk berjaya di akhirat.

Begitu juga dengan pelakon terkenal Norman Hakim yang baru-baru ini telah berkongsi satu foto beserta dengan kapsyen bersyukur anaknya dapat menyelesaikan khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran, sehari awal dari target sebenar.

Sementara itu beliau bersama-sama bekas isterinya Abby Abadi turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak mendoakan dan berharap perjuangan anaknya itu tidak terhenti, malah disambung ke peringkat seterusnya.

Saya bagi pihak keluarga mewakili ‘keramat hidup’ dia, mama @abbyabadi112 yang menjadi tunjang & kekuatan dia dan jugak mummy @memeysuhaiza serta abah @jaiezzany dengan rasa rendah diri nak ucap terima kasih kepada semua pihak yang banyak mendoakan.

Ma boi @danishhakim_243 ❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Rata-rata netizen turut gembira dengan pencapaian anaknya dengan meninggalkan beberapa komen pada foto tersebut:

  • @hananianuar nanti harap abg norman, kak abby, semua lah kongsi tips mendidik anak menjadi al hafiz. pls pls pls. rasanya semua parents bercita2 yg sama.
  • @ssinarku tahniah norman hakim atas didikan agama yg dipasang di dalam hati moga menjadi anak yg soleh yg mendoakan kedua ibubapanya
  • @dfarihan alhamdulillah tahniah danish…tahniah utk abby dan suami dan tahniah utk norman dan meme…all of u hv very positif mind…positive plans and positive executions..norman u and your family inspiring many people out there…
  • @wnuryeen Alhamdulillah. Moga kita semua dpt jadikan Danish sbgai contoh terdekat untuk terus bersama Al Quran.
Kongsi laman ini di:

Leave a Reply