Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“No Maid, No Problem” – Anzalna Mahu Jaga Anak Dengan Tangan Sendiri

Anzalna kini lebih mengutamakan keluarga berbanding kerja.

Published

on

Pelakon jelita, Anzalna Nasir ada memuat naik sekeping foto bersama keluarga kecilnya di laman Instagram pada 29 Januari.

Menerusi ruangan kapsyen, pelakon drama Aku Isterinya itu berkongsi kebahagiaan rumah tangganya bersama suami, Hanif Zaki serta anak tercinta, Mohamad Eidrees.

Kata Anzalna, dia sanggup menolak tawaran berlakon dan memilih untuk tidak memililki pembantu rumah demi membesarkan dan menguruskan anaknya.

Anzalna juga begitu komited menjaga Eidrees sepenuh masa yang kini sudah menjadi keutamaan buat dirinya.

I can have more than 4 maids/helpers if I wanted to but I chose not to because this is the most precious moment in my life and I just want to cherish every moment with my son. Tak tau lagi bila akan merasa macam ni. No maid, no problem because I have a very helpful husband and family. Kalau both ada kerja baru family/MIL tolong jagakan. No outsiders! Sanggup tolak job kalau mereka pun busy. My #1 priority is on @mohamadeidrees now,” tulisnya.

Rata-rata peminat turut bersetuju dengan cara Anzalna menguruskan perihal rumah tagga.

Untuk rekod, Anzalna, 32, mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan kemudian menimang anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei tahun lalu di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement