Home > #CeriteraKool > Nita Hamzah Bakal Bernikah 29 April Ini

Pemenang tempat kedua program realiti Malaysian Idol musim kedua Nita Hamzah bakal melangsungkan perkahwinannya bersama pasangan Mohd Fareez Shamsul Bahari.

Majlis ini akan diadakan pada 29 April depan bertempat di Selayang Height, Batu Caves.

Related image

Nita atau nama lengkapnya Norhanita Hamzah kini sedang sibuk melakukan persiapan untuk majlis bersejarahnya.

Majlis nikah ini jemputan tak ramai hanya dalam 500 orang sahaja.  Ada mini pelamin sahaja untuk sesi bergambar.  Kami bernikah pagi dalam jam 11 dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja.

Nita dan Fareez telah mengikat tali pertunangan pada 13 Ogos tahun lalu.

Keluarga kedua-dua belah pihak juga gembira dengan keputusan itu memandangkan mereka memang nak kami cepat-cepat bernikah.

“Alhamdulillah dah alang-alang ada rezeki untuk kami bernikah, kami akan langsungkan saja. Bersanding tu nanti boleh buat kemudian.”

Nita yang turut pernah mengeluarkan single berjudul Hadirlah Cinta ciptaan komposer Sharon Paul dan lirik Iman Imran kini aktif membuat persembahan di majlis-majlis tertutup.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply