Connect with us
alt_img>

Hiburan

Ning Baizura Terkilan, Restoran Tutup Lepas 3 Bulan!

Ning Baizura terkilan, terpaksa tutup restorannya selepas hanya 3 bulan beroperasi, kerana tiada tukang masak

Published

on

“Sambutan memang menggalakkan, terutama pada siang hari. Cuma, sebelah malam sambutan agak kurang, memandangkan ada menu yang saya ingin sajikan tidak dapat disediakan.
Disebabkan masalah mencari tukang masak, penyanyi Ning Baizura mengesahkan terpaksa menutup restorannya, Tudung Periuk, selepas hanya 3 bulan beroperasi.
Kata Ning,
“Terkilan juga kerana restoran itu adalah simbolik kepada legasi arwah bapa yang pernah mengusahakan perniagaan makanan. Hasrat untuk meneruskan perniagaan masih ada, memandangkan bidang nyanyian bukan lagi punca utama pendapatan saya.”
Restoran yang menyajikan masakan Melayu itu diusahakan Ning bersama suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton.

Ning kini sedang merancang untuk membuka restoran baharu dengan konsep berbeza.
“Saya bercadang untuk membuka restoran yang mempunyai tempat khas untuk artis menyanyi. Bukan hanya saya, sebaliknya rakan artis lain juga berpeluang membuat persembahan di situ.
“Saya dan rakan kongsi sudah mengenali pasti lokasi yang sesuai, berkemungkinan di Bangsar.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement