Connect with us

Hiburan

Nina Iskandar Bergelar Isteri Sejak April Lalu

Tahniah Nina!

Published

on

Pelakon Nina Iskandar telah selamat bergelar isteri kepada seorang penolong pengarah Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah sejak April lalu.

Menurut pihak pengurusannya MIG Metrowealth, pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua belah pihak keluarga.

“Nina dan suami berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga.

“Jadual penggambaran yang padat sehinggakan majlis resepsi itu diadakan pada bulan ini,” katanya.

Nina turut memuat naik beberapa video dan foto sejurus majlis resepsi menerusi Insta Story miliknya.

Pasangan sama cantik sama padan ini diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras semalam.

Antara rakan selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis adalah Ayda Jebat, Amyra Rosli, Puteri Aishah, Shakilla Khoriri dan Sissy Imann.

Pelakon kelahiran Brunei ini juga dikatakan mengenali jejaka berkenaan ketika terlibat dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi, arahan Heykal Hanifah.

Terdahulu, Lan pernah berkahwin dengan seorang pramugari selama sembilan tahun namun bercerai pada Februari lalu.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement