Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Niat Hati Nak ‘Fly’ Balik Kelantan, Tapi Cuak Naik Kapal Terbang!

Published

on


Semua orang ada perasaan takut di dalam dirinya. Ada yang takut kepada ketinggian, takut kepada labah-labah, lipas, atau kegelapan.

Tragedi demi tragedi melibatkan nahas pesawat menyebabkan ramai orang mula gerun untuk menaiki kapal terbang. Kerana kita semua memiliki tingkat ketakutan berbeza-berbeza, jadi cara untuk kita mengatasi ketakutan pun berlainan.

Dalam artikel ini, kami nak kongsikan beberapa tip untuk mengatasi ketakutan anda kepada kapal terbang. Mana tahu lepas ni dah boleh fly balik kampung Raya Haji ni? Hiks!

BACA: Mana Nak Travel Waktu PKP Ni? Jom Ke Kota Kinabalu Sebab

via GIPHY

Apa yang buat anda takut

Bila nak naik kapal terbang ni, memang ada banyak fikiran yang bukan-bukan melintas di dalam otak. Ada yang cuak takut pesawat sebab takut terhempas. Namun, anda perlu terlebih dahulu kenal pasti apa yang membuatkan anda berfikiran seperti itu. Adakah ia menggangu fikiran anda sekejap atau selamanya? Kalau ia muncul secara berulang, anda mungkin mengalami fobia.  Jika anda takut berada di ruang sempit selama berjam-jam, anda boleh duduk di tepi jendela sambil membayangkan keindahan langit sampailah anda berasa tenang.

Tambah ilmu tentang pesawat

Kalau anda asyik tidak keruan, mungkin anda boleh mencari pengetahuan tentang keadaan pesawat. Ini kerana otak kita sering berandai-andai dan terus membayangkan ketakutan. Namun, jika kita sudah menyiapkan diri kita dengan pengetahuan, ketakutan kita akan semakin berkurang.

BACA: 6 Negara Yang Anda Boleh Fikirkan Untuk Mulakan Solo Traveling  Lepas COVID-19

via GIPHY

Tak apa rasa cemas

Ada beza cemas dengan berbahaya. Kadang anda hanya berasa cemas, tapi ia tidaklah bererti anda dalam bahaya. Jika anda tidak mengawal fikiran anda untuk memikirkan perkara negatif, ia akan membuatkan ketakutan anda menjadi nyata.

Goyang sikit benda biasa

Memang perkara biasa pesawat  akan bergoncang sedikit waktu nak mulakan penerbangan. Tapi jangan risau kerana ia memang  dicipta untuk mengawal gegaran. Anggap sahaja ia perkara biasa macam masa kita bawa kenderaan. Ada bergoyang sikit jika kita memandu di atas jalan yang tidak rata.

via GIPHY

Nikmati perjalanan

Untuk melawan ketakutan dan fikiran yang bukan-bukan, apa kata anda nikmati sahaja pengalaman menaiki pesawat. Latih otak anda untuk tidak terlalu memikirkan perkara-perkara yang boleh triggered untuk berasa takut.

Tapi kan, kalau bermacam cara dah cuba tapi anda tetap takut, naik sahaja bas! Cuma masa nak sampai ke Kelantan itu akan sampai berjam-jam lamanya. Tepuk dada tanyalah selera, ye dak? Hiks!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement