Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Nia Ramadhani Disayangi Mertua Walaupun Kerap Bangun Lambat? Ini Tips Lain Pikat Hati Mertua

Untung dapat mertua baik…

Published

on

Pelakon jelita Nia Ramadhani mengakui dia mempunyai masalah sukar untuk bangun pada waktu pagi. Menurut isteri kepada ahli perniagaan itu, dia memang mempunyai masalah untuk bangun pagi sejak dahulu lagi walaupun selepas berkahwin. Walaupun dia menyedari itu merupakan satu tabiat buruk, namun ibu dan bapa mertuanya tidak merasakan ia adalah satu masalah.

Selain itu, mertuanya juga tahu bahawa dirinya tidak pandai mengupas kulit buah-buahan. Disebabkan itu juga, Nia tidak akan disuruh untuk mengupas buah menggunakan pisau kerana risau jarinya akan tercedera. Untung betul dapat mertua yang macam ni. Tapi untuk anda yang tidak mempunyai mertua seperti Nia, boleh cuba tips ini untuk pikat hati mertua. Biar mertua sayang kita sama macam mana dia sayang anaknya sendiri.

Cari Masa Terluang Untuk Pulang Ke Kampung

Bila dah berumah tangga ni, kita kena ingat yang kita sudah mempunyai satu lagi ahli keluarga baharu. Jadi, carilah juga masa untuk pulang ke kampung halaman keluarga kita dan juga keluarga belah pasangan kita. Kalau boleh, maklumkanlah terlebih dahulu kepulangan kita supaya keluarga mertua boleh membuat persiapan, dan kita juga boleh bawakan sesuatu yang disukai mereka. Jika kita sudah mempunyai anak, mereka pasti merindui cucu-cucunya.

Tetap Menjaga Penampilan

Kalau kita boleh berpenampilan kemas semasa kali pertama berjumpa bakal mertua, kenapa perlu mengabaikannya selepas berkahwin. Berpakaian kemas sentiasa ini sebenarnya melambangkan diri dan sikap anda yang sebenar. Inilah salah satu cara memikat hati mertua yang selalu tidak dipandang. Harus diingat juga, berpakaianlah yang sesuai mengikut adat dan budaya yang diajar oleh ibu bapa kita kerana begitulah juga yang diajar mertua kita kepada anak-anaknya.

Pandai Mencari Topik Perbualan

Mungkin anak muda sekarang agak sukar untuk memulakan perbualan dengan orang yang lebih berumur. Jadi mungkin anda boleh membuat research terlebih dahulu tentang topik yang nak disembangkan dengan mertua. Mungkin boleh menanyakan tentang hobi mereka, makanan kegemaran atau kisah-kisah lama. Jadi apabila bertemu nanti, adalah topik yang akan dibualkan dengannya. Jangan malu untuk bersikap ramah.

Positive elderly woman and her daughter chatting, laughing and holding hands. Mother and daughter sitting on couch with home interior in background. Daughter and elderly mother concept.

Ringan Tulang

Ini memang prosedur operasi standard (SOP) untuk disayangi mertua, lebih-lebih lagi bagi yang perempuan. Bagaimanapun, jangan malu untuk mengaku jika anda tidak pandai memasak. Tunjukkan kesungguhan untuk membantunya setiap masa dan jika mereka tidak sihat, cubalah tawarkan diri untuk mengurut atau memicit badan mereka.

Elakkan Bergaduh Dihadapan Mertua

Ini antara perkara yang perlu dielakkan kerana ia boleh memberi gambaran tentang sikap anda terhadap anak mereka. Jika terdapat ketegangan dengan pasangan, selesaikannya di bilik tidur atau di tempat yang jauh dari mertua. 

Jaga Tutur Kata Semasa Bercakap

Sebab itu kita ini jangan biasakan bercakap perkataan yang kurang sopan. Takut terlepas depan mertua nanti. Selain itu, berhati-hati juga ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka dan jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua. Jika mertua terlalu garang atau sensitif, elakkan daripada terlalu ramah kerana ditakuti kita akan bercerita tentang perkara yang menyakitkan hatinya. Kawal percakapan anda supaya tidak menimbulkan persepsi negatif terhadap diri anda.

Mungkin kita tidak mempunyai mertua seperti mertua Nia Ramadhani, namun itu tidak bermakna mertua kita tidak baik. Malah ada yang menyayangi menantunya lebih daripada anak sendiri. Yang penting, hormatilah dan sayangi mereka seperti ibu bapa kita sendiri.

Baca juga artikel menarik lain:

Fungsi² Pada Kereta Yang Selalu Nampak Tapi Tak Ramai Tahu Guna

Hanya Kerana Cinta, Wanita Ini Tidak Melihat Cahaya Selama 25 Tahun

 

 

 

 

 

 

Sumber berita: Kosmo!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement