Connect with us
Kool FM

Berita

New Normal: Sejauh Mana Rakyat Malaysia Bersedia?

Bersama kita menjaga kebersihan dan keselamatan diri untuk melawan Covid-19.

Published

on

Diam tak diam, kita telah memasuki hari ke-50 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sejak 18 Mac lalu.

Wabak Covid-19 yang melanda negara dan meragut ratusan nyawa sedikit sebanyak telah mengubah corak kehidupan rakyat kepada suatu yang baru atau disebut sebagai new normal.

Bermula 4 Mei lalu, kerajaan telah membenarkan masyarakat memulakan kembali rutin yang selama ini terhenti menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu dengan sedikit kelonggaran.

Ketua kluster tadbir urus dan integriti, pusat pengajian kerajaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed ketika dihubungi penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz berkata, ramai kumpulan bawahan terjejas dari segi kewangan susulan PKP terutama mereka yang menerima gaji harian.

Situasi sebilangan besar rakyat yang kekurangan wang tunai beratur di kedai-kedai pajak gadai juga amat menyedihkan.

Oleh hal demikian, beliau menyambut baik arahan kerajaan untuk menjalankan hampir kesemua sektor ekonomi kerana negara akan mengalami kerugian sebanyak RM10 bilion sehari, jika ia tidak dilaksanakan.

Katanya lagi, keputusan kerajaan itu bukan satu tindakan yang tergesa-gesa, sebaliknya ia telah dikaji dengan teliti serta menepati perancangan yang ditetapkan dalam membendung penularan Covid-19. 

PKPB yang dijalankan kini oleh pihak kerajaan di mana rakyat sudah boleh keluar bekerja bukan bermakna kita sudah bebas daripada wabak Covid-19, sebaliknya masih ada keterbatasan dan tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ahmad Martadha menjelaskan, tujuan PKPB dilaksanakan adalah untuk menyemarakkan semula ekonomi negara, membantu rakyat yang terjejas pendapatan sekaligus memudahkan mereka untuk kembali menjalankan perniagaan.

Tidak dinafikan, ramai masyarakat yang sudah mula merasa selesa dan boleh terima PKP ini kerana bimbang dengan impak Covid-19.

Biarpun ia belum pulih sepenuhnya, faktor kesihatan dan ekonomi negara perlu diseimbangkan agar negara tidak menjadi seperti Amerika Syarikat di mana berlaku demokrasi di jalanan susulan masalah ekonomi yang teruk.

Dengarkan perbualan penuh bersama Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed di bawah:

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement