Semasa & Hiburan
“New Level Of Respect” – Alif Satar
Bertahan sikittt lagi okay!
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan di rumah.
Antaranya memasak, bercucuk tanam, bersenam, menghias rumah, mengecat rumah dan ada yang memantapkan skill menari di aplikasi Tik Tok.
Bagaimanapun, tempoh PKP yang panjang memberi kesedaran kepada penyanyi, pelakon dan pengacara popular iaitu Alif Satar tentang hebatnya kaum wanita yang mampu ‘berkurung’ selama 40 hari di rumah ketika tempoh berpantang.
Kata Alif menerusi Instagramnya, dia amat kagum dengan para wanita bergelar ibu.
“Throwback masa ni ‘Ali dan @shadilahalid masih dalam pantang… macam mana la ibu-ibu semua dok rumah 40hari weyyyyyyyyyyyy. New level of respect.💆🏽♂️ p/s Harini mental koyak sebab malam tadi tengok Goblin.. so tak cukup tidur. #AkuTerjebakTengokKoreanDrama,”