Semasa & Hiburan
New Boyz Kembali Bergabung, Gegar Singapura!
Sejarah mungkin berulang…
Kumpulan New Boyz yang popular sekitar 1999 akan kembali menghiburkan peminat di Singapura menerusi konsert yang bakal berlangsung di Palawan Green Sentosa pada Februari 2020.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Tomok menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Konsert tersebut tentunya akan mengubat kerinduan peminat New Boyz yang popular menerusi lagu Sejarah Mungkin Berulang, Meraung, Rajuk di Hati, Norkia dan banyak lagi.
Kumpulan itu turut merancang untuk mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-20 berada dalam industri seni.
Sebelum ini, anggota lain New Boyz tidak aktif dalam bidang muzik selepas membawa haluan masing-masing dengan memilih kerjaya lain.
Sumber daripada: Instagram Tomok