Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Nenas Bukan Penyebab Keguguran, Tetapi Ini Beberapa Puncanya

Mitos!

Published

on

Siapa yang tak sedih, bila dapat tahu bayi yang dikandung tidak dapat diselamatkan. Lebih teruk lagi ada pula makcik-makcik bawang yang kata ia berkemungkinan daripada pemakanan yang diambil sewaktu seseorang wanita itu hamil.

Pernah dengar orang kata jangan makan nenas masa mengandung? Katanya boleh menyebabkan keguguran. Namun menurut beberapa kajian yang dijalankan, ia adalah mitos semata-mata.

Memang sifat buah-buah termasuk nenas, epal dan kelapa dikatakan tajam dan masam, namun sebaliknya ketahuilah bahawa sebenarnya, nanas kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang sepatutnya menjadi salah satu pilihan sihat untuk wanita yang sedang dalam fasa kehamilan.

Menerusi laman Twitter, seorang doktor kesihatan wanita telah berkongsi pendapatnya tentang punca-punca lain yang menyebabkan keguguran:-

1) UMUR
Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran.
Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran tinggi.

2) ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME (APS)
APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan

3) FAKTOR GENETIK
2-5 dalam 100 pasangan ( 2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom (struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan perwarisan dari ayah ibu). Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menujukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.

4) PANGKAL RAHIM YANG LEMAH
Kelemahan pangkal rahim (cervical incompetence) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung. Mungkin ini adalah penyebabkan keguguran jika kehamilan sebelumya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun

5) PERKEMBANGAN BAYI TAK NORMAL
Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.

6) JANGKITAN KUMAN
Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.

7) BENTUK RAHIM
Tidak sahih lagi faktor bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran.

8) KENCING MANIS & MASALAH TIROID
Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.

9) FAKTOR IMUN (Immune Factors)
Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.

10) Berat badan berlebihan, merokok, pengambilan kaffein dan alkohol secara berlebihan.

Jadi, nenas, air tebu, dan air kelapa BUKAN penyebab keguguran. Makan & minum semuanya secara bersederhana okay!

 

Sumber daripada: Twitter Muhammad Izzat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement