Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Nasihat Yuna Kepada Artis Baharu

Usaha tangga kejayaan…

Published

on

Untuk menjadi seperti Yuna yang membuktikan bakatnya setanding di peringkat global adalah tidak mudah.

Lapan tahun merantau mencari rezeki di bumi asing, penyanyi kelahiran Kedah ini mengakui, perjalanan itu memerlukannya berjiwa kental kerana cabarannya sangat besar.

Pada mulanya, agak sukar untuk Yuna menawan hati masyarakat di Amerika Syarikat, namun berkat usaha dan semangatnya yang tinggi membuatkan peluang demi peluang baharu hadir.

Menurut Yuna, pengalaman dilaluinya amat berharga dan dia menasihati mana-mana artis yang mempunyai keinginan untuk menempa nama di luar negara untuk meneruskan niat mereka tanpa ragu-ragu.

“Pengalaman adalah guru terbaik. Saya memutuskan untuk berhijrah ke luar negara apabila yakin lagu ciptaan saya boleh diterima di sana.

“Kepada anak seni, jika karya masih belum diterima di negara sendiri, jangan lekas putus asa. Mungkin mereka boleh cuba pasaran Jepun, China atau Eropah. Kita tidak akan tahu selagi tidak mencuba.

“Apabila memilih ke luar negara, itu bukan bermakna kita mengabaikan peluang di tanah air. Sebaliknya, ia bererti kita mahu memberikan sesuatu yang lebih kepada komuniti.

“Ia juga menjadi inspirasi buat insan lain untuk melakukan sesuatu lebih baik dan bermakna,” kata Yuna.

Terbaru, Yuna terpilih menyertai agensi model terkenal dunia, Wilhelmina Models, sekali gus mengukuhkan lagi namanya di sana.

Keep it up, girl!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement