Connect with us

Hiburan

Nash Buat Laporan Polis

Vokalis kumpulan Lefthanded, Nash dikejutkan dengan berita rumahnya dipecah masuk pada Ahad.

Published

on

Penyanyi Datuk Nash, terkejut apabila kediamannya di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor di pecah masuk setiba kepulangannya sekeluarga dari kampung halaman di Muar, Johor pada pukul 5.30 pagi Ahad.

Bagaimanapun, menurut vokalis kumpulan Lefthanded itu, tiada barangan berharga yang diambil pencuri itu.

“Saya terkejut apabila mendapati rumah dipecah masuk sebaik sampai dari kampung pada pukul 5.30 pagi semalam. Selepas membuat pemeriksaan, saya bersyukur kerana tiada barang berharga yang diambil, cuma terdapat kesan pintu diumpil di ketiga-tiga buah bilik.

“Mungkin pencuri mencari wang atau barang kemas. Sebab itu, barangan berharga seperti televisyen tidak diambil,” katanya.

Kejadian pecah masuk itu juga merupakan kali kedua yang berlaku di rumahnya sejak menetap di situ hampir tiga dekad.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Nash akan mengetatkan sistem keselamatan di rumahnya dengan merancang memasang kamera litar tertutup (CCTV).

“Selepas ini saya mahu memasang CCTV memandangkan ini bukan kejadian pertama,” ujarnya lagi.

Nash telah pun membuat laporan polis di Balai Polis, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor berhubung kejadian tersebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement