Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

NASA Dah Jumpa Parallel Universe?

Published

on


Tahun 2020 ni banyak perkara yang menggemparkan berlaku, dan kali ini NASA pula mengejutkan kita dengan dakwaan bahawa wujudnya Parallel Universe atau dalam bahasa melayu disebut sebagai ‘Dunia Selari’. Siapa yang layan komik atau filem Marvel atau DC mungkin familiar dengan konsep Parallel Universe ni. Ianya merupakan satu teori atau kepercayaan bahawa dunia kita atau kehidupan kita ini mempunyai pelbagai dimensi dan berlaku pelbagai kebarangkalian dalam masa yang sama. Kalau dalam komik Marvel atau DC ia dikenali sebagai Multiverse dan dalam setiap dimensi tu berlaku kejadian yang berbeza. Watak dalam setiap dimensi juga, walaupun merupakan individu yang sama, tetapi mempunyai perwatakan yang lain. Tapi itu konsep Parallel Universe dalam komik. Konsep yang sebenar tentu lah berpandukan kajian saintifik yang mendalam yang telah dijalankan oleh NASA.

BAGAIMANA IA BERLAKU?

Semua kekecohan ini berlaku selepas laporan oleh New Sceintist mengenai satu eksperimen oleh astrophysicists dikeluarkan. Antarctic Impulsive Transient Antenna (ANITA) merupakan satu teleskop yang terdiri daripada antenna radio yang dipasang pada balon gergasi dan dibiarkan melayang di atas Antartika pada ketinggian yang sangat tinggi. Eksperimen itu yang melibatkan pelbagai universiti diketuai oleh Peter Gorham dari Univeristy of Hawaii-Manoa. ANITA yang diterbangkan tinggi mampu mengesan bahan seperti zarah bertenaga tinggi yang disebut sebagai “neutrinos” dari angkasa.

Tetapi semasa eksperimen dijalankan, zarah-zarah “neutrinos” yang dikesan oleh ANITA bukan datang dari angkasa, tetapi dari permukaan Bumi. Zarah dari Bumi ini dikesan pada tahun 2016, dan sekali lagi pada tahun 2018, tetapi tidak ada sebaran explanation yang boleh dilakukan bagaimana zarah ini datang dari Bumi. Jadi daripada penemuan ini lah mereka membuat teori bahawa adanya Parallel Universe.

Banyak juga laporan yang mengatakan penemuan ini sebagai bukti bahawa Bumi mempunyai dimensi yang lain dimana masa bergerak ke belakang. Walau bagaimanapun, NASA dan juga para saintis tidak boleh mengesahkan teori ini kerana kurangnya bukti-bukti saintifik yang kukuh. Ada juga kemungkinan penemuan tersebut disebabkan error atau kerosakan pada alat yang digunakan. Jadi mungkin berita sensasi tentang penemuan Parallel Universe ini sekadar nak viral je dan penjelasan para saintis berkenaan penemuan zarah tersebut telah di salah erti.

TEORI ‘DUNIA SELARI’ LAMA DIPERDEBATKAN

Walaupun penemuan tentang Parallel Universe baru-baru ini telah di salah erti, tetapi teori berkenaan Parallel Universe ni bukan lah satu perkara yang baru. Idea terawal berkenaan Parallel Universe ini pernah dikeluarkan oleh Hugh Everett dalam tesis kedoktorannya dimana beliau menyatakan dunia kita mempunyai kebarangkalian yang lain yang terjadi dalam masa yang sama. Contohnya jika kita memandu dan memilih untuk belok ke kiri, akan terhasil juga dimensi di mana kita akan belok ke kanan. Ini merupakan idea terawal dalam dunia saintifik berkenaan Parallel Universe, dan selepas itu lebih banyak teori berkenaan ‘Dunia Selari’ ini muncul.

Antara teori lain berkenaan Parallel Universe yang agak menarik adalah wujudnya Bumi yang sama seperti kita dan juga wujudnya individu seperti kita di Bumi yang lain itu. Teori ini berdasarkan hipotesis bahawa alam semesta kita ini tidak terbatas luasnya, atau disebut sebagai infinity. Dan kemungkinan Bumi yang sama ni ada banyak dalam alam yang tak terbatas ni. Teori ni seakan-akan teori yang terhasil daripada komik, tapi hakikatnya ia dibincangkan oleh para saintis. Tapi rasanya kelompok yang paling teruja pasal ‘Multiverseni mesti lah peminat Marvel dan DC. Apa-apa pun dunia saintifik ni selagi tidak dapat dibuktikan benar, ianya hanya sekadar teori.

KATALAKI: Baru masuk tengah tahun 2020 dah macam-macam berita yang keluar…

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement