Semasa & Hiburan
Nantikan Mentor Milenia 2019 Ahad Ini!
Jangan lupa tonton okay.
Mentor Milenia diteruskan tahun ini dengan mengetengahkan dua mentor terbaharu iaitu Ernie Zakri dan Stacy.
Dalam masa sama, musim kali ini mengekalkan penyanyi Black, Hazama dan Akim.
Mentor Milenia musim ketiga turut menampilkan konsep baharu antaranya para peserta dinilai oleh kelima-lima mentor sewaktu uji bakat, serta kemunculan Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi rap, Altimet sebagai juri tetap.
Dihoskan oleh Shuk Sahar dan Elly Mazlein, program selama 10 episod ini bakal menemui penonton bermula 6 Oktober, setiap Ahad jam 9 malam menerusi TV3.
Juara Mentor Milenia 2019 akan memenangi RM100,000 berserta trofi.
Musim lalu juara dimenangi Akim menerusi protegenya, Elica Paujin. Musim ini siapa agaknya?