Home > #CeriteraKool > Nak Travel ke Finland? Jangan Lupa Singgah Ke Hotel Ini… Sebelum April !

Nak Travel ke Finland? Jangan Lupa Singgah Ke Hotel Ini… Sebelum April !

Anda yang kaki travel, nak cuba tinggal di zaman Game of Thrones tak?

Selepas 7 musim ditayangkan di televisyen, dan sambil menantikan musim terakhir yang hanya akan ditayangkan pada 2019, sebuah hotel yang diberi nama Lapland Hotels SnowVillage dibina di Finland. Hotel yang menggunakan ais dan salji sepenuhnya, dibina dalam masa sebulan sahaja, dengan bantuan pengukir ais professional dari Rusia, Ukraine, Poland dan Latvia.

Menurut Conde Nast Traveler, bilik-bilik di dalam hotel juga turut direka bertemakan Game of Thrones, iaitu dengan meletakkan elemen-elemen yang terdapat dalam siri itu, seperti Braavosi Hall of Faces dan Ice Throne yang dikawal oleh watak Mountain.

Hotel ini mempunyai 24 bilik , dan dinding ais setiap bilik turut mempunyai ukiran unik, seperti watak White Walker gergasi ini:

Menurut pengurus hotel berkenaan, orang ramai tidak semestinya perlu bermalam di hotel tersebut, mereka boleh menyertai aktiviti lain yang disediakan seperti menunggang reindeer dan anjing huskey, atau mencuba bengkel mengukir ais. Tetapi, nak masuk hotel pun dikenakan bayaran iaitu 15 euro, manakala harga sebuah bilik bermula dari 165 euro!

Dah nama pun SnowVillage, hotel ini dan ukiran di dalamnya memang dibina mengikut musim sejuk. Ini bermakna, hotel bertemakan Game of Thrones ini hanya dibuka sehingga 8 April, kerana “Summer is coming!”

Video ketika pembinaan SnowVillage :

Snow Village construction 2017 – 2018

Take a look inside, how Snow Village gets build!Kurkista videosta, kuinka Snow Villagea rakennetaan!Video by Tuomas Kurtakko.Follow us also in instagram @snowvillagefinland

Posted by SnowVillage on Tuesday, 2 January 2018

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply